Carian
Google Mengambil Arkitek Cip Dari Apple Untuk Merekabentuk Cip SoC Mereka Tersendiri
June 14, 2017 Aman

Apple merupakan salah satu syarikat yang terkenal dengan pembangunan cip SoC (system on a chip) mereka tersendiri untuk digunakan pada peranti mudah-alih. Terkini, Google dilaporkan telah mengambil arkitek yang membangunkan cip di Apple selama hampir lapan tahun untuk menyertai syarikat enjin carian berkenaan.

Manu Galati, akan mengetuai pembangunan SoC di Google – dimana cip pemprosesan yang direkabentuk sendiri oleh Google berkenaan dijangka digunakan pada peranti mudah-alih Pixel pada masa akan datang.

Buat masa ini, Google bergantung kepada pengeluar cip sedia ada seperti Qualcomm untuk menggunakan cip mereka pada peranti mudah-alih Pixel. Dengan merekabentuk cip tersendiri, ia akan membolehkan Google lebih mengoptimasikan peranti mereka, apatah lagi sistem operasi Android dibangunkan mereka sendiri.

Dengan langkah ini juga, ia akan memposisikan peranti Google selangkah dihadapan lagi, sekaligus bersaing dengan Apple dengan lebih baik.

Komen