Cari @ Amanz

Sony sebelum ini telah memperkenalkan kemaskini perisian untuk PlayStation 4 yang menawarkan kebolehan untuk pengguna menambah storan berbentuk cakera keras luaran tambahan sehingga 8TB pada konsol mereka. Terkini, selari dengannya, Seagate memperkenalkan sebuah cakera keras luaran dengan storan 2TB untuk pengguna PlayStation 4.

Seagate Game Drive PS4

Dinamakan sebagai Game Drive, ia menawarkan rekaan yang selari dengan PlayStation 4, dan boleh berhubung ke PlayStation 4 melalui USB 3.0. Seagate mengatakan ia dioptimasikan untuk konsol berkenaan, memudahkan pengguna menghubungkan ia ke konsol dan menggunakannya terus dengan pantas.

Bagi anda yang inginkan sedikit kelainan berbanding pelbagai cakera keras luaran lain, mungkin Seagate Game Drive untuk PS4 ini akan menjadi pilihan. Cakera keras ini akan ditawarkan bermula penghujung bulan ini dibeberapa buah negara pada harga $80 iaitu sekitar RM340.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd