LG Mungkin Akan Mengeluarkan Peranti Google Pixel Seterusnya

LG Mungkin Akan Mengeluarkan Peranti Google Pixel Seterusnya

Diterbitkan pada June 14, 2017 oleh .

Google Pixel merupakan telefon pintar yang dibangunkan oleh Google dari segi rekaan dan sebagainya, sebelum ia diberikan kepada pihak pengeluar dalam mengeluarkannya dalam kuantiti yang banyak. Pada tahun lepas, Google telah memilih HTC untuk mengeluarkan peranti Pixel, dan untuk tahun ini, berkemungkinan LG akan menggantikan HTC.

Seperti tahun lepas, Google dijangka memperkenalkan dua peranti dibawah keluarga Pixel, dan dengan pilihan LG sebagai pengeluar, kita mungkin akan melihat penggunaan panel paparan yang lebih cantik padanya.

Sebelum ini sendiri, Google diperkatakan berminat untuk melabur pada pengeluaran panel OLED oleh LG – dan sekiranya pilihan LG sebagai pengeluar ini adalah tepat, maka ia mengukuhkan lagi kerjasama Google dengan syarikat Korea Selatan berkenaan.


TIPS & ULASAN