LG Melancarkan Monitor 34″ Ultra-Lebar Terkini
LG

LG Melancarkan Monitor 34″ Ultra-Lebar Terkini

Diterbitkan pada June 14, 2017 oleh .

Bagi kebanyakan pengguna, monitor dengan nisbah skrin 16:9 sudah memadai untuk kegunaan harian. Ini ialah nisbah yang digunakan pada siri TV dan filem popular. Namun bagi penggemar permainan video, skrin dengan nisbah lebih besar diperlukan bagi memberikan ilusi berada di dunia maya dengan lebih realistik. Oleh itu skrin ultra-lebar dihasilkan.

LG 34UC89G ialah monitor ultra-lebar yang baru sahaja diumumkan. Ia mempunyai skrin 21:9 sebesar 34 inci dengan resolusi  2560×1080 pixel. Kadar segar semula ialah 144Hz dan ia turut menyokong teknologi Nvidia G-Sync.Harga jualan untuk monitor ini ialah $999.99 (~RM 4258).


TIPS & ULASAN