Kad Audio Creative Sound BlasterX AE-5 Dilancarkan Untuk Penggemar Audio Berkualiti Tinggi

Kad Audio Creative Sound BlasterX AE-5 Dilancarkan Untuk Penggemar Audio Berkualiti Tinggi

Diterbitkan pada June 14, 2017 oleh .

Bilakah kali terakhir anda membeli kad audio untuk PC anda? Kami masih ingat kali terakhir kami membelinya ialah pada tahun 2001 dan ia adalah sebuah Creative Audigy Platinum. Kad ini hadir dengan aksesori tambahan untuk melakukan rakaman audio berkualiti tinggi dan sambungan MiDi. Kad audio diperlukan kerana pemproses pada waktu tersebut tidak cukup berkuasa. Memainkan MP3 boleh menyebabkan komputer gagal berfungsi.

Creative masih wujud dan mereka melancarkan kad audio baru Creative Sound BlasterX AE-5. Kad audio ini dikatakan mempunyai 32 kali ganda kemampuan audio kad audio terbina pada papan induk komputer biasa. Ia hadir dengan DAC ESS Sabre dengan sokongan 122dB 32-bit/384kHz. Kad ini mampu menyokong fon telinga biasa hinggalah fon telinga berkualiti studio tanpa masalah.

Sistem audio sehingga 7.1 disokong. Bagi golongan gamer pula perisian Scout 2.0 ialah radar yang menunjukkan lokasi sumber berdasarkan sumber audio mereka. Bagi golongan modders, sistem lampu Aurora Reactive Lighting System yang menyokong 16.8 Juta warna disertakan sekali bagi membuatkan kad audio ni berkelip seperti lampu di malam Aidilfitri. Creative Sound BlasterX AE-5 dijual pada harga $150 (~RM 639) sebuah.


TIPS & ULASAN