Fon Kepala Razer Thresher Ultimate Dilancarkan Untuk PlayStation 4 Dan Xbox One

Fon Kepala Razer Thresher Ultimate Dilancarkan Untuk PlayStation 4 Dan Xbox One

Diterbitkan pada June 14, 2017 oleh .

Audio adalah sama penting dengan grafik di dalam permainan video. Tanpa audio yang baik, grafik yang cantik akan menjadi bahan ketawa seperti yang kami alami sendiri di dalam permainan Hitman 2. Di dalam permainan atas talian, sistem audio yang baik adalah perlu bagi mencari kedudukan musuh. Fon kepala tanpa wayar Razer Thresher Ultimate dilancarkan pagi ini untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

Razer Thresher Ultimate menyokong audio Surround 7.1 Ia bersambung menggunakan frekuensi radio yang membenarkan jarak penggunaan sehingga 12 meter. Bateri yang disertakan memberikan hayat penggunaan sehingga 16 jam dan dicas semula dalam masa empat jam. Mic terbina boleh dilipat apabila tidak digunakan.

Pemacu audio sebesar 50mm pula akan memastikan setiap dentuman bom dan percikan api boleh didengari dengan jelas. Sungguhpun direka untuk konsol, fon kepala ini turut boleh digunakan pada PC. Ia akan dijual pada bulan Julai pada harga $249.99 (~RM 1065).


TIPS & ULASAN