Cari @ Amanz

C Seed 262 – Televisyen 4K 262 Inci Berharga RM 2.5 Juta

Link Copied!

Saiz skrin televisyen semakin besar. Kami sedari saiz purata TV sekarang ialah sekitar 40 inci. Tetapi sekiranya anda berada di dalam golong 1%, anda mungkin akan membeli televisyen C Seed 262. Televisyen LED ini mempunyai skrin sebesar 262 inci (6,.2 meter) yang menjadikannya televisyen 4K terbesar di dunia setakat ini.

C Seed ialah syarikat yang berpangkalan di Swizerland dan menghasilkan televisyen untuk golongan elit. Apabila tidak digunakan, C Seed 262 mempunyai penutup kanvas bermotor yang mengubahnya untuk kelihatan seperti bingkai lukisan klasik. Sungguhpun bersaiz gergasi, C Seed 262 mempunyai bingkai yang nipis. Terdapat 10 pembesar suara pada bahagian bawah dan juga pemain media 4K terbina.

Televisyen ini dijual pada harga €490,000 (~RM 2.34 Juta) tetapi terdapat juga kos pemasangan mencecah €35,000 (~RM 215 000). Untuk membelinya anda perlu membelanjakan €525,000 (~RM 2.51 Juta).


Komen ()