Sebanyak 1 Juta Google Pixel Mungkin Telah Terjual Setakat Ini

Sebanyak 1 Juta Google Pixel Mungkin Telah Terjual Setakat Ini

Diterbitkan pada June 14, 2017 oleh .

Google Pixel dan Pixel XL adalah dua peranti yang menjadi percubaan kedua Google untuk bersaing dengan iPhone. Buat pertama kalinya kesemua aspek peranti dikawal sepenuhnya oleh mereka. Segala kekurangan pada keluarga Nexus diharap dapat dihapuskan dengan wujudnya Pixel. Aneh sekali selepas lapan bulan dilancarkan, angka jualan telefon Pixel masih belum dikongsi. Tetapi terdapat laporan ia mungkin telah terjual sekurang-kurangnya satu juta unit.

Google Pixel

Arstechnica melaporkan hari ini jumlah muat turun Pixel Launcher baru sahaja mencapai angka 1 Juta. Aplikasi ini hanya boleh dimuat turun oleh Pixel dan Pixel XL. Jari bolehlah dikatakan sebanyak 1 Juta peranti telah terjual setakat ini.

Di Google Play, jumlah kiraan muat turun adalah berdasarkan akaun yang digunakan. Hanya satu muat turun akan dikira sungguhpun pengguna memuat turun aplikasi beberapa kali. Pada waktu yang sama aplikasi terpasang seperti Pixel Launcher secara automatik dimasukkan ke dalam kiraan muat turun.

Jualan sebanyak 1 Juta ini adalah agak rendah jika dibandingkan dengan iPhone 7.  Ia sehingga kini tidak dijual secara rasmi di seluruh pasaran dunia termasuk Malaysia. Adakah di kalangan pembaca Amanz yang masih ingin membeli Pixel sekiranya ia dilancarkan di Malaysia?


TIPS & ULASAN