Carian
Pra-tempahan Untuk CPU Intel Kaby Lake-X Bermula 19 Jun – Akan Mula Berada Di Pasaran 26 Jun
June 14, 2017 Nazrin

Di acara Computex Taipei beberapa minggu lepas, pihak Intel mengumumkan kehadiran CPU-CPU baru mereka, Kaby Lake-X dan Skylake-X, yang bakal hadir sehingga 18 teras dan 36 bebenang kuasa melalui siri CPU Intel Core i5 sehinggalah Intel Core i9.

Di acara PC Game Show di E3, pihak Intel telah mengumumkan bahawa beberapa CPU tersebut, bermula dari CPU 4-teras Intel Core i5-7640X, sehinggalah CPU 10 teras Intel Core i7-7900X boleh dipra-tempah pada 10 haribulan Jun kelak. Bukan itu sahaja, kesemua CPU-CPU yang boleh ditempah ini akan hadir di pasaran global tidak lama lagi, pada 26 haribulan Jun.

Bagi CPU-CPU 12-teras ke atas, pihak Intel juga mengumumkan bahawa CPU-CPU tersebut akan hadir kemudian, dan memberikan tarikh umum untuk pengeluaran mereka. CPU 12-teras akan hadir pada bulan Ogos tahun ini, manakala CPU 14, 16 dan 18-teras pula hanya akan keluar di pasaran bulan Oktober kelak.

Kemaskini: Menurut pihak Intel Malaysia, CPU-CPU Intel Kaby Lake-X 4-teras sehingga 10-teras yang dinyatakan sebelum ini akan hadir di pasaran Malaysia pada tarikh yang sama seperti pasaran-pasaran yang lain. Buat masa ini, harga pasaran tempatan masih belum diketahui lagi.

Komen