Hulu, Netflix Dan HBO Antara 30 Syarikat Membentuk Pakatan Menentang Cetak Rompak Atas Talian

Diterbitkan pada Jun 14, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru sebentar tadi kami laporkan kumpulan penyebar filem cetak rompak ShAaNiG menghentikan operasi mereka. Hari ini The Alliance for Creativity and Entertainment (ACE), ditubuhkan bagi memerangi lanun cetak rompak di atas talian. Pakatan ini dianggotai 30 syarikat yang antaranya ialah nama besar hiburan sekarang seperti Hulu, Netflix, HBO, BBC dan Amazon.

Dengan ACE kesemua anggota akan menentang cetak rompak secara lebih bersepadu. Sebelum ini mereka menentangnya secara berseorangan. Tahun lalu dianggarkan 5.4 Billion kandungan cetak rompak dimuat turun dan 21.4 Billion kandungan distrim secara haram. Dengan terbentuknya pakatan harapan anti lanun ini, masa depan cetak rompak akan menjadi semakin kelam.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami