Samsung Galaxy J7 Pro Dan Galaxy J7 Max Dilancarkan

Samsung Galaxy J7 Pro Dan Galaxy J7 Max Dilancarkan

Diterbitkan pada June 14, 2017 oleh .

Dua peranti baru kelas pertengahan Samsung Galaxy J7 Max dan Galaxy J7 Pro dilancarkan di India hari ini. Kedua-duanya adalah peranti kelas pertengahan yang buat masa ini hanya akan dipasarkan di India.

The Galaxy J7 Pro pula dilengkapi  5.5-inch SAMOLED HD penuh, pemproses Exynos 7870, memori sebesar 3GB RAM dan storan 64GB dengan sokongan kad MikroSD sehingga 128GB. Kamera utama sebesar 13-Megapixel f/1.7 manakala kamera selfie pula sebesar 13-Megapixel f/1.9. Bateri sebesar 3600 mAh disertakan pada peranti yang menggunakan Android 7.0 ini. Sokongan Samsung Pay diberikan begitu juga dengan sebuah pengimbas cap hari. Peranti ini dijual pada harga ₹20900 (~RM 1384) dengan pilihan warna emas dan hitam.

The Galaxy J7 Max dilengkapi skrin 5.7″ TFT HD penuh, pemproses MediaTek Helio P20, memori sebesar 4GB RAM dan storan 32GB dengan sokonga kad MikroSD sehingga 256GB. Kemampuan kamera pula ialah kamera hadapan 13-Megapixel f/1.7 dan kamera selfie 13-Megapixel F/1.9. Pada bahagian belakang terdapat sistem lampu notifkasi Smart Glow 2.0. Bateri sebesar 3300 mAh membekalkan kuasa kepada peranti dengan Android 7.0 ini. Terdapat pengimbas jari di bahagian hadapan dengan sokongan Samsung Pay Mini.Peranti ini dijual pada harga ₹17900 (~RM 1186) dengan pilihan warna emas dan hitam.


TIPS & ULASAN