Carian
CIMBClicks Untuk iPhone Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru Dan Sokongan Touch ID
June 14, 2017 Aman

Selepas Maybank tempoh hari, kini CIMB turut telah mengemaskini aplikasi CIMBClicks untuk iPhone, dimana kemaskini terbaru ini menawarkan antaramuka yang lebih kemas berbanding sebelumnya serta menyertakan sokongan untuk log masuk menggunakan pengimbas cap jari.

Susunan menu pada aplikasi baru ini juga lebih dipermudahkan, selain akses pantas untuk pilihan transaksi. Disamping itu, kini pengguna juga boleh memindahkan dana ke sebarang akaun walaupun tidak ditambah ke “Favourites”. Melalui aplikasi sama juga, pengguna boleh menyemak senarai transaksi sehingga tempoh 90 hari yang lepas.

CIMBClicks iOS

Bagi anda yang menggunakan aplikasi CIMB Clicks pada iPhone, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini. Buat masa ini, aplikasi CIMBClicks untuk Android masih belum dikemaskini, dan semakan ringkas pada laman Google Play memperlihatkan tarikh akhir kemaskini adalah pada tahun 2015 yang lepas.

Komen