Lenovo P51s Workstation Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM6999

Lenovo P51s Workstation Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM6999

Diterbitkan pada June 14, 2017 oleh .

Lenovo Malaysia hari ini telah mengumumkan kemaskini kepada keluarga komputer riba ThinkPad mereka dengan cip Intel terkini, termasuk untuk Lenovo P51s Workstation.

Lenovo P51s Workstation adalah komputer riba dibawah kategori Workstation – dimana ia membawakan prestasi yang tinggi, termasuk binaan yang tahan lasak untuk penggunaan lama. Lenovo sendiri mengatakan ia menggunakan spesifikasi ketenteraan (MIL-SPEC), dimana ia diuji pada tahap suhu berbeza, tahap gegaran dan sebagainya.

Lenovo P51s

Lenovo P51s ini lebih ditujukan kepada para jurutera dan arkitek yang memerlukan kuasa pemprosesan tinggi untuk bekerja. Ia dilengkapi dengan cip Intel Core i7 generasi ketujuh, memori sehingga 16GB DDR4, dan dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA Quadro. Panel paparan 15.6-inci IPS-nya turut hadir dengan sokongan resolusi 4K UHD anti-silau, serta menggunakan storan 512GB PCIE NVME OPAL.

Lenovo turut menjanjikan kestabilan perisian yang baik melalui komputer riba ini. Thinkpad P51s ini juga dilengkapi dengan rekaan yang nipis dan mudah dibawa kemana-mana.

Untuk tujuan kuasa grafik tambahan, pengguna juga turut boleh menghubungkan ia dengan Razer Core (yang dibeli secara berasingan) – dan menggunakannya terus bersama komputer riba ini.

Bersama-sama pengenalan Lenovo P51 juga, pihak Lenovo Malaysia turut menawarkan Lenovo P71 untuk pasaran tempatan.

Lenovo P71 hadir dengan kuasa yang lebih tinggi, serta dilengkapi dengan sokongan realiti-maya melaluinya. Dari segi spesifikasi, Lenovo P71 hadir dengan cip pilihan sehingga Xeon E3-v6, memori sehingga 64GB, storan sehingga 2TB PCIe NVMe, dan paparan 17.3-inci pada resolusi 4K. Ia dilengkapi dengan kad grafik berkuasa Quadro P5000.

Di Malaysia, Lenovo P51 akan dijual bermula pertengahan Julai ini pada harga RM6999, sementara Lenovo P71 pula hadir pada harga bermula RM6999.


TIPS & ULASAN