Qualcomm Mengumumkan Penawaran Cip Untuk Speaker Pintar

Qualcomm Mengumumkan Penawaran Cip Untuk Speaker Pintar

Diterbitkan pada June 14, 2017 oleh .

Pada tahun ini, kita telah melihat peningkatan populariti speaker pintar dikalangan pengguna. Sebelum ini, kita sedia melihat Amazon Echo dan Google Home – dan pada tahun ini Apple telah hadir dengan HomePod, selain Microsoft bekerjasama dengan pengeluar untuk hadir dengan speaker pintar berasaskan Cortana – dan Samsung turut diura-ura bakal hadir dengan penawaran lebih kurang sama.

Dengan populariti speaker pintar ini, kini Qualcomm mengumumkan penawaran platform khusus untuknya bagi memudahkan para pengeluar untuk menggunakan teknologi daripada Qualcomm dalam pembangunan speaker pintar mereka.

Selain untuk integrasi cip dan sebagainya, Qualcomm juga turut menyertakan sokongan audio yang baik melalui penawaran mereka melalui apa yang dipanggila Qualcomm Smart Audio Platform.

Qualcomm mengatakan cip dan platform ini akan menyokong sistem Linux dan Android Things – termasuk sokongan untuk pembantu maya Amazon Alexa dan Google Assistant.

Kita mungkin akan melihat speaker pintar berasaskan cip Qualcomm ini di pasaran tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN