Cari @ Amanz

Box hari ini telah memperkenalkan sebuah perisian khusus dalam memudahkan anda mengakses fail dan dokumen daripada perkhidmatan storan awan Box terus pada komputer mereka, Box Drive. Box Drive ditawarkan untuk komputer Windows dan MacOS.

Box Drive

Melalui perisian desktop Box ini, ia membolehkan pengguna bukan sahaja mengakses fail, tetapi juga turut melakukan penyuntingan dan sebagainya. Proses ini kini lebih mudah berbanding sebelumnya, dimana pengguna tidak lagi perlu melalui sebarang pelayar web, tetapi boleh menggunakan ia seperti anda sedang mengakses dokumen terus dari komputer.

Box sendiri dilihat lebih menyasarkan perisian ini kepada pengguna perusahaan, dimana ia boleh mengurangkan kos storan, selain memudahkan proses kolaborasi bersama rakan lain.

Selain Box, pihak Dropbox dan Microsoft melalui OneDrive turut menawarkan ciri lebih kurang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd