Cari @ Amanz

Google melalui peranti Android sedia menawarkan kemudahan untuk membuat salinan pendua untuk pelbagai data penting – termasuk gambar melalui Google Photos. Kini, selain daripada hanya untuk peranti mudah-alih, Google juga dalam persiapan untuk memperkenalkan kemudahan membuat salinan pendua untuk data dan fail dari komputer anda terus ke Google Drive.

Google Drive Backup

Google memanggil ciri ini sebagai Backup & Sync, dimana sebuah aplikasi khusus akan disediakan oleh Google untuk membolehkan anda membuat salinan pendua fail dan gambar dari komputer terus ke storan awan Google.

Google bakal menawarkan perisian baru ini bermula 28 Jun kelak kepada pengguna PC dan juga Mac.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd