Emirates Ingin Menggunakan Kaca Mata AR Untuk Menawarkan Pengalaman Penerbangan Lebih Baik

Emirates Ingin Menggunakan Kaca Mata AR Untuk Menawarkan Pengalaman Penerbangan Lebih Baik

Diterbitkan pada June 15, 2017.

Emirates merupakan salah satu syarikat penerbangan popular dari Timur Tengah yang terkenal dengan kualiti penawaran mereka. Terkini, dalam usaha memenangi hati pengguna dan bersaing dengan lebih sihat, Emirates sedang melihat kepada penggunaan kaca mata pintar.

Emirates sedang mengaji kaedah menggunakan kaca mata AR (augmented reality) oleh staf, dimana ia boleh memaparkan nama seseorang pengguna dan data mengenai kebiasaan serta tabiat mereka dalam penerbangan. Dengan ini, Emirates menyasarkan dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan peribadi kepada seseorang pengguna.

Disamping untuk kepada pramugari dan staf Emirates, syarikat penerbangan berkenaan mungkin turut menawarkan kaca mata AR berkenaan untuk pelanggan bagi mereka melihat menu makanan atau bergerak dalam lapangan terbang dengan lebih mudah.

Langkah ini dijangka akan meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan dengan drastik berbanding pada hari ini.

Arena AR sendiri dilihat kian mendapat perhatian ramai, termasuk oleh Microsoft Apple dan juga Google. Baru-baru ini, Google turut memperkenalkan ciri semakan kiblat menggunakan AR melalui aplikasi web.


TIPS & ULASAN