Angka Pengguna Waze Di Malaysia Adalah Tertinggi Di Asia – 2.5 Juta Pengguna Di KL Sahaja

Angka Pengguna Waze Di Malaysia Adalah Tertinggi Di Asia – 2.5 Juta Pengguna Di KL Sahaja

Diterbitkan pada June 15, 2017 oleh .

Bersama-sama perkongsian data mengenai ramalan kesesakkan jalan raya pada musim perayaan ini, pihak Waze juga turut berkongsi mengatakan kini pengguna Malaysia untuk aplikasi berkenaan adalah paling tinggi di Asia.

Di Kuala Lumpur sahaja, terdapat lebih 2.5 juta pengguna aktif bulanan yang menggunakan aplikasi navigasi berkenaan, dan menyumbang kepada lebih 1.2 juta perkongsian informasi berkenaan apakah yang berlaku di jalan raya seperti kemalangan, kesesakkan dan sebagainya.

Waze turut mengatakan, pengguna tempatan merekodkan perjalanan sekitar 288 juta kilometer setiap bulan menggunakan aplikasi navigasi berkenaan.

Dengan populariti ini, tidak mustahil kita melihat Waze memfokuskan lebih banyak ciri-ciri khusus untuk pengguna tempatan, disamping berkongsi lebih banyak data lalu-lintas di Malaysia.


TIPS & ULASAN