Cari @ Amanz

Oppo hari mengumumkan kemaskini harga ke atas dua peranti yang dijual di pasaran Malaysia. Harga jualan Oppo R9s dikurangkan dari RM 1828 ke RM 1798. Harga jualan untuk Oppo A77 pula dikurangkan dari RM 1398 pula diturunkan ke RM 1298. Kemaskini harga ini berlaku agak mengejut kerana A77 baru dilancarkan 26 Mei lalu dan R9S pula dinaikkan harga skitar dua bulan yang lalu.

Oppo R9s dilengkapi skrin bersaiz 5.5-inci AMOLED dengan paparan 1080p, cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Ia turut menggunakan kamera hadapan 16-megapixel f/2.0 dan belakang 16-megapixel f/1.7 dengan sensor Sony IMX398.

Oppo A77 pula dilengkapi skrin 5.5″ HD penuh, pemproses 1.5 GHz lapan teras MediaTek MT6750T, memori sebesar 4 GB dan storan sebesar 64 GB dengan sokongan kad mikroSD sehingga 128 GB. Kamera utama sebesar 13-Megapixel f/2.2 dipadankan dengan kamera selfie 16-Megapixel f/2.0.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd