Nakefit – Selipar Yang Melekat Terus Pada Tapak Kaki

Nakefit – Selipar Yang Melekat Terus Pada Tapak Kaki

Diterbitkan pada June 15, 2017 oleh .

Pernahkah anda memakai selipar di tepi pantai dan kemudian merungut pasir mengotori lantai kereta. Selipar yang dipakai juga boleh menjadi sandal neraka apabila disarung kerana terjemur terlalu lama di bawah matahari. Bagi mereka yang benci dengan dua situasi di atas, Nakefit ialah selipar untuk anda.

Selipar ini hanyalah mempunyai bahagian tapak yang dilekatkan terus ke tapak kaki pemakai. Ini direka khas untuk kegunaan di pantas dan kolam renang. Ia kalis air sekaligus boleh dibawa berenang. Kerana ia terpasang sepanjang masa, ia turut mengurangkan risiko tergelincir ketika berjalan di tepi kolam. Nakefit sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh ditempah pada harga €30 (~RM 143) set untuk 10 pasang,


TIPS & ULASAN