Cari @ Amanz

GIF, format gambar beranimasi yang ramai merasakan akan pupus selepas Flash mula digunakan pada laman web pada awal milenium yang lalu. Dengan rangkaian Internet yang semakin pantas, GIF yang menyambut ulang tahun ke-30 hari menjadi popular semula. Bagi menyambut hari bersejarah ini, Facebook mengumumkan sokongan GIF beranimasi pada ruangan komen.

Anda hanya perlu mengemaskini aplikasi Facebook dan apabila meninggalkan komen, terdapat sebuah butang khas untuk GIF. Carian GIF boleh dilakukan terus dari dalam aplikasi. Sebelum ini Facebook mengumumkan sokongan paparan GIF sahaja tetapi tidak membenarkan ia mudah digunakan.

Facebook turut berkongsi statistik di mana 13 Billion GIF dihantar oleh pengguna Messenger tahun lalu. Selamat hari jadi kepada GIF. Semoga tidak akan pupus seperti Flash

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd