Kedai Runcit Bergerak Swapandu Dilancarkan Di Shanghai

Kedai Runcit Bergerak Swapandu Dilancarkan Di Shanghai

Diterbitkan pada June 15, 2017 oleh .

Bagi manusia yang malas seperti kami, memesan barangan secara atas talian adalah cari paling mudah untuk membeli barangan runcit. Tetapi di Shanghai ada sebuah lagi idea di luar kotak dihasilkan. Wheely Moby Mart ialah kedai runcit bergerak dengan pemanduan automatik. Ia tidak mempunyai sebarang pekerja manusia untuk beroperasi.

Seperti konsep kedai runcit Wheely247 mereka sebelum ini, pelanggan perlu mempunyai aplikasi khas sebelum pintu dibuka. Sistem kecerdasan buatan akan mengesan barangan yang diambil dan mengecasnya ke kad kredit pengguna. Mereka tidak perlu beratur untuk membeli belah di dalam Moby Mart. Sekiranya mereka tidak mahu keluar dari rumah, Moby Mart turut dilengkapi empat dron yang boleh menghantar barangan terus ke depan pintu.

Apabila kehabisan barang jualan, Moby Mart akan memandu semula ke gudang untuk mengambil stok baru. Ujian Beta dilakukan di Shanghai sebelum perancangan melancarkannya secara rasmi pada tahun 2018.


TIPS & ULASAN