Samsung Galaxy S8+ Dinobatkan Telefon Pintar Terbaik Di Pasaran – iPhone 7 Hanya Di Tempat Ke Lima

Samsung Galaxy S8+ Dinobatkan Telefon Pintar Terbaik Di Pasaran – iPhone 7 Hanya Di Tempat Ke Lima

Diterbitkan pada June 15, 2017 oleh .

Consumer Reports ialah majalah untuk pengguna yang telah wujud sejak 1936. Mereka kerap menyarankan peranti terbaik kepada pengguna sebelum melakukan pembelian. Dalam kategori peranti pintar, Samsung Galaxy S8+ dan S8 telah dinobatkan sebagai yang terbaik di pasaran.

Peranti utama Samsung ini berjaya mengalahkan Samsung Galaxy S7 Edge, LG G6 dan iPhone 7 untuk memegang dua tangga teratas. Galaxy S8+ berada di tangga teratas kerana kemampuan kamera yang terbaik, bateri tahan lama, kalis air dan mempunyai pelbagai fungsi tambahan yang membezakannya dari peranti lain di pasaran.

Majalah ini tidak boleh dituduh sebagai berat sebelah. Mereka saban tahun meletakkan MacBook Pro sebagai komputer riba terbaik dan juga paling jarang mengalami masalah berbanding jenama pesaing.


TIPS & ULASAN