Carian
Amazon Dikatakan Berminat Untuk Mengambil-Alih Slack
June 15, 2017 Bloomberg

SlackPerkhidmatan permesejan dan kolaborasi berkumpulan, Slack kini dikatakan menarik minat beberapa pihak untuk mengambil-alihnya, termasuk daripada Amazon.

Sekiranya diambil-alih, Slack dikatakan bernilai sekitar $9 bilion pada hari ini. Walaubagaimanapun, ia dikatakan berkemungkinan perbincangan ini mungkin tidak dilanjutkan, dan berkemungkinan Slack akan beroperasi seperti biasa.

Pihak Amazon dan Slack tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan buat masa ini.

Slack sebelum ini telah mengumpulkan dana sebanyak $200 juta pada 2016 yang lepas, pada nilai syarikat $3.8 bilion. Slack sendiri telah mula beroperasi sebagai perisian perbualan dan kolaborasi untuk perusahaan pada 2013 yang lepas, dan mencuri perhatian ramai sejak daripada itu.

Microsoft sendiri pada bulan November lepas telah memperkenalkan pesaing untuknya, dinamakan sebagai Microsoft Teams.

Slack buat masa ini mempunyai sekitar 5 juta pengguna aktif, dan 1.5 juta daripadanya membayar untuk perkhidmatan berkenaan.

Komen