Jack Ma Dilaporkan Mungkin Melabur Pada Grab

Jack Ma Dilaporkan Mungkin Melabur Pada Grab

Diterbitkan pada June 15, 2017.

Pengasas Alibaba, Jack Ma mungkin bersama pihak Softbank membuat pelaburan di perkhidmatan tempahan pengangkutan tempatan, Grab. Sebelum ini, ia telah diperkatakan Softbank sedang mengumpulkan dana pelaburan sebanyak $1.5 bilion untuk disuntik pada Grab.

Pelaburan Jack Ma ini akan menjadi sebahagian daripada suntikan dana $1.5 bilion untuk Grab, sekaligus membolehkan Grab bersaing dengan lebih menyeluruh bersama pihak Uber di rantau Asia Tenggara. Selain Jack Ma, perkhidmatan Didi Chuxing di China turut dijangka akan membuat tambahan pelaburan pada Grab.

Pelaburan daripada Jack ma mungkin hadir sama ada melalui Alibaba Group atau Ant Financial. Langkah pelaburan ini juga akan membuat Jack Ma bersaing dengan lebih menyeluruh bersama Tencent di rantau Asia Tenggara. Pelaburan di Grab juga mungkin membolehkan Jack Ma mengintegrasikan perkhidmatan pembayaran digital Alipay di dalam Grab dengan lebih menyeluruh berbanding pada hari ini.

Pihak Alibaba dan Grab tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan berita pelaburan ini.

Syarikat-syarikat gergasi dari China kini dilihat membuat pelaburan dengan aktif di luar negara mereka – terutamanya di rantau Asia Tenggara, Tencet dan Alibaba sedia membuat pelaburan dalam pelbagai perkara, termasuk masing-masing berusaha untuk mendapatkan angka pengguna yang tinggi untuk perkhidmatan pembayaran digital mereka.


TIPS & ULASAN