Spotify Kini Mempunyai Lebih 140 Juta Pengguna Aktif Bulanan

Spotify Kini Mempunyai Lebih 140 Juta Pengguna Aktif Bulanan

Diterbitkan pada June 15, 2017 oleh .

Spotify merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik popular yang menerima persaingan sihat daripada pelbagai pihak, termasuk Apple dan juga Google. Walaubagaimanapun, disebabkan sokongan multi-platform dan pilihan lagu yang luas, Spotify terus menjadi pilihan ramai – apatah lagi dengan pilihan penawaran percuma untuk penstriman lagu.

Terkini, menurut Spotify, perkhidmatan berkenaan mempunyai lebih daripada 140 juta pengguna seluruh dunia yang menggunakan perkhidmatan berkenaan setiap bulan. Mengikut data bulan Mac 2017 lepas, seramai lebih 50 juta pengguna adalah pengguna berbayar dari perkhidmatan berkenaan.

Dengan angka pengguna yang tinggi ini, ia terus meletakkan Spotify dihadapan berbanding pelbagai pesaing mereka yang lain.

Bagi anda sendiri, adakah anda meminati Spotify, atau lebih menyukai perkhidmatan alternatif seperti Apple Music, Joox, dan sebagainya?


TIPS & ULASAN