Cari @ Amanz

Amazon, Google, dan Apple sedia memperlihatkan penawaran speaker pintar mereka, dan kini, penyedia perkhidmatan permesejan popular, LINE turut mempunyai jawapan mereka tersendiri untuk arena berkenaan.

LINE sebelum ini sedia membangunkan pembantu maya pintar mereka tersendiri dinamakan Clova, dan kini syarikat perkhidmatan permesejan berkenaan turut memperlihatkan sebuah speaker pintar yang mengambil rekaan seumpama ikon dan maskot untuk perkhidmatan permesejan berkenaan.

LINE Speaker

Speaker pintar daripada LINE ini menyasarkan pengguna di Jepun dan Korea Selatan, dimana melaluinya ia membolehkan pengguna membuat beberapa semakan, termasuk menguruskan kalendar, senarai tugasan, menyemak cuaca, mengawal peralatan elektronik, dan pada masa yang sama memainkan muzik melalui LINE Music.

LINE akan menawarkan beberapa variasi speaker pintar mereka, dan versi biasa dinamakan Wave, selain versi menggunakan maskot mereka ini turut akan hadir dalam beberapa bulan lagi. Walaubagaimanapun, memandangkan kecerdasan buatan LINE lebih memfokuskan kepada bahasa Jepun dan Korea, maka mungkin kita tidak akan melihatnya di pasaran tempatan dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd