Cari @ Amanz

Pengimbas cap jari terbina pada skrin ialah fungsi yang dikatakan akan hadir pada Galaxy S8. Masalah teknikal memaksa Samsung untuk tidak menyertakan fungsi ini dan pengimbas diubah ke bahagian belakang. iPhone 8 pula kemudian didengari akan menggunakan sistem ini walaupun turut mengalami masalah.

Tetapi Samsung dan Apple mungkin akan terlebih dahulu dipintas oleh Vivo. Sebuah video tertiris ke arena web menunjukkan peranti Vivo dengan pengimbas cap jari terbina pada skrin. Ura-ura mengatakan ia akan dilancarkan pada penghujung bulan ini sempena MWC Shanghai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd