HP Melancarkan Kempen Meriahkan Rayaku – Menangi Jongkong Emas Bernilai RM45,000
HP

HP Melancarkan Kempen Meriahkan Rayaku – Menangi Jongkong Emas Bernilai RM45,000

Diterbitkan pada June 16, 2017 oleh .

Jika anda ingin membeli komputer ataupun laptop baru untuk Hari Raya ini, pihak HP baru sahaja melancarkan kempen jualan Meriahkan Rayaku, di dengan setiap pembelian komputer atau laptop HP, anda bukan sahaja akan mendapat langganan untuk Microsoft Office 365, anda juga berpeluang memenangi salah sebuah daripada 10 jongkong emas yang bernilai RM45,000.

Untuk memasuki kempen ini, anda perlu membeli sebuah komputer ataupun laptop HP Pavilion, HP Spectre, HP Envy, HP OMEN ataupun HP All-in-One yang bernilai sekurang-kurangnya RM1499 untuk layak mendapat langganan perisian Microsoft Office 365 dan satu peluang untuk memenangi jongkong emas tersebut.

Jika anda membeli sebuah komputer atau laptop yang mempunyai tanda harga RM1499-RM2000, anda layak untuk satu penyertaan untuk memenangi jongkong emas tersebut, dan jika anda membeli komputer yang mempunyai tanda harga RM2001-RM4000, anda layak untuk dua penyertaan, dan semua komputer yang berharga lebih dari RM4000 melayakkan anda untuk empat penyertaan.

Kempen ini berlangsung bermula 16 Jun 2017 sehingga 31 Julai 2017. Untuk menebus perisian Office 365 dan peluang memenangi jongkong emas, anda boleh melayari laman web Meriahkan Rayaku oleh HP.

Layari laman web Meriahkan Rayaku HP


TIPS & ULASAN