Microsoft Memperkenalkan Papan Kekunci Baru Dengan Integrasi Pengimbas Cap Jari

Microsoft Memperkenalkan Papan Kekunci Baru Dengan Integrasi Pengimbas Cap Jari

Diterbitkan pada June 16, 2017 oleh .

Microsoft sedia menawarkan sejumlah aksesori komputer, termasuk papan kekunci dan tetikus berjenama Microsoft. Hari ini, gergasi perkomputeran berkenaan telah pun memperkenalkan produk terbaru mereka, sebuah papan kekunci yang dinamakan sebagai Microsoft Modern Keyboard.

Papan kekunci baru ini dilihat membawakan elemen rekaan menyerupai Surface Keyboard sebelum ini, dan kali ini pihak Microsoft turut menyertakan pengimbas cap jari bersama-sama dengannya.

Melalui integrasi ini, pengguna turut boleh menggunakan ia untuk log masuk ke komputer Windows 10 melalui penggunaan Windows Hello. Disamping itu, pengguna turut boleh menggunakan ia sama ada secara berwayar atau tanpa-wayar.

Microsoft buat masa ini menyenaraikan ia untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja, pada harga $129.99 iaitu sekitar RM555.


TIPS & ULASAN