Cari @ Amanz

Tencent buat masa ini mempunyai beberapa syarikat permainan popular, termasuk syarikat permua Supercell. Terkini, mengikut laporan daripada The Information, Tencent diperkatakan berminat untuk mengambil-alih penerbit disebalik permainan popular, Angry Birds iaitu Rovio Entertainment.

Populariti Angry Birds sendiri semakin berkurangan akhir-akhir ini, tetapi Rovio mempunyai beberapa kaedah lain menjana wang, termasuk daripada filem Angry Birds, selain beberapa permainan yang lain.

Ia dikatakan pengambil-alihan Rovio mungkin mencapai angka bernilai $3 bilion.

Buat masa ini, ia dikatakan beberapa syarikat telah mula berbincang dengan Rovio untuk mengambil-alih syarikat berkenaan. Walaubagaimanapun, masih terdapat kemungkinan yang mana Rovio mungkin beroperasi secara syarikat bebas dan tidak diambil-alih oleh sebarang syarikat.

Namun, sekiranya Tencent mengambil-alih Rovio, ia akan mengukuhkan lagi kedudukan Tencent dalam arena permainan video – termasuk di peranti mudah-alih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd