TUDM Berjaya Menggunakan Senjata Pintar Buatan Amerika Syarikat Pada Pesawat Sukhoi Buatan Russia

TUDM Berjaya Menggunakan Senjata Pintar Buatan Amerika Syarikat Pada Pesawat Sukhoi Buatan Russia

Diterbitkan pada June 17, 2017 oleh .

Tentera Udara Diraja Malaysia telah berjaya menggunakan bom pintar panduan laser GBU 12 Paveway II pada pesawat Sukhoi Su-30MKM. Video ujian yang dilakukan ketika Ops Paradise November tahun lalu tetiris ke arena web. Bagi yang kurang arif tentang sistem senjata, pesawat buatan Russia seperti Sukhoi selama ini hanya boleh menggunakan sistem senjata buatan Russia. Apa yang berjaya dilakukan adalah pertama di dunia dan menunjukkan kemampuan bahagian kejuruteraan TUDM.

Bom pintar panduan laser GBU 12 Paveway II dibangunkan oleh Amerika Syarikat. Sistem laser memastikan bom dapat dijatuhkan dengan lebih tepat ke sasaran berbanding bom jatuhan graviti biasa. Tiada maklumat mengenai bagaimana TUDM berjaya mengintegrasikan sistem senjata buatan Amerika Syarikat dengan pesawat Russia ini.

Penganalisis mengatakan ia mungkin dilakukan dengan menggunakan pod laser Thales Damocles (buatan Perancis) yang digunakan pada Su-30MKM itu sendiri atau dengan menggunakan bantuan bidikan laser oleh tentera infantri. Pada waktu yang sama sistem panduan laser Raytheon AN/ASQ-228 digunakan oleh Malaysia pada pesawat F/A-18D Hornet. Kejuruteraan berbalik mungkin juga telah digunakan di dalam kes ini.


TIPS & ULASAN