Atari Sah Akan Kembali Menghasilkan Konsol Selepas 22 Tahun Menyepi

Atari Sah Akan Kembali Menghasilkan Konsol Selepas 22 Tahun Menyepi

Diterbitkan pada June 17, 2017 oleh .

Seminggu yang lalu sebuah teaser untuk Ataribox muncul secara tiba-tiba. Ini memulakan spekulasi Atari akan kembali menghasilkan konsol buat 22 tahun menyepi. Ramai juga yang skeptis kerana ia mungkin hanya gurauan sebelum E3. Di dalam temuramah bersama Venturebeat. CEO Atari Fred Chesnais mengesahkan syarikat beliau sedang membangunkan konsol baru.

Konsol dengan panggilan Ataribox ini menurut beliau akan menggunakan teknologi PC dan kemasan diperbuat daripada kayu seperti konsol klasik keluaran mereka.  Ia berkemungkinan besar dihasilkan selepas melihat sambutan amat luar biasa terhadap konsol retro Nintendo Mini Famicom. Dalam temuramah yang sama, Fred Chesnais berkata maklumat lebih lanjut mengenai konsol ini akan dikongsi dalam masa terdekat.

Dunia konsol telah banyak berubah selepas Atari menghentikan jualan Jaguar pada tahun 1995. Adakah dunia bersedia untuk menerima balik kepulangan Atari?

TIPS & ULASAN