Google Photos Membolehkan Anda Membuat Filem Hari Bapa Secara Automatik

Google Photos Membolehkan Anda Membuat Filem Hari Bapa Secara Automatik

Diterbitkan pada June 18, 2017 oleh .

Google Photos sebelum ini telah memudahkan pengguna untuk menjana filem ringkas bersempena dengan Hari Ibu daripada koleksi gambar dan video yang dimuat-naik ke Google Photos. Kini, bersempena dengan Hari Bapa, Google Photos sekali lagi hadir dengan ciri yang lebih kurang sama.

Google Photos Hari Bapa

Seperti sebelum ini, pengguna hanya perlu ke laman khusus yang disediakan Google, dan seterusnya memilih wajah ayah anda. Google Photos seterusnya akan menggunakan algoritma tersendiri dalam menjana sebuah filem khusus berasaskan kepada pengecaman wajah pada gambar-gambar yang dimuat-naik.

Bagi anda yang berminat, boleh melayari laman Google Photos hari ini dan membuat filem khusus bersempena hari bapa.

Layari : Google Photos Hari Bapa


TIPS & ULASAN