YotaPhone 3 Akan Hadir Dengan Cip Snapdragon 625

YotaPhone 3 Akan Hadir Dengan Cip Snapdragon 625

Diterbitkan pada June 19, 2017 oleh .

YotaPhone merupakan telefon pintar yang popular dengan penawaran dwi-skrin – iaitu dihadapan dan belakang. Mereka telah menawarkan peranti mereka untuk pasaran Malaysia sebelum ini, tetapi popularitinya adalah sedikit kurang berbanding sejumlah peranti yang lain.

Walaubagaimanapun, YotaPhone masih tidak berdiam begitu sahaja, dan kini dilihat dalam perancangan untuk memperkenalkan telefon pintar generasi ketiga mereka tidak lama lagi.

Yota3 dijangka hadir dengan skrin 5.5-inci pada resolusi 1080p pada bahagian hadapan, dan dilengkapi skrin 5.2-inci 720p E-Ink pada bahagian belakang.

Melengkapkan peranti ini adalah dimana ia hadir dengan cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM, kamera utama 12-megapixel, dan kamera hadapan 13-megapixel. Ia turut dilengkapi bateri 3200mAh menggunakan pengecasan USB-C, selain dijana dengan Android Nougat.

Buat masa ini, rekaannya masih menjadi tanda tanya. Dengan spesifikasi yang sedikit ketinggalan dalam arena peranti mudah-alih, ia mungkin membuatkan YotaPhone hadir dengan kelebihan tersendiri dalam memenangi hati pengguna.

Yota 3 dijangka diperkenalkan sekitar bulan Oktober atau November kelak.

TIPS & ULASAN