Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 Khusus Untuk Melombong Cryptocoin Diperlihatkan

Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 Khusus Untuk Melombong Cryptocoin Diperlihatkan

Diterbitkan pada June 19, 2017 oleh .

Setelah menyepi untuk beberapa tahun, nampaknya minat untuk melombong cryptocoin seperti Bitcoin dan Ethereum semakin meningkat. Di kedai-kedai komputer, boleh dilihat banyak kad grafik seperti AMD RX 580 dan NVIDIA GeForce GTX 1060 sudahpun kehabisan stok gara-gara aktiviti ini.

Menarik sekali, nampaknya pihak NVIDIA sedang membangunkan sebuah kad grafik khusus untuk melombong cryptocoin berdasarkan kad grafik GTX 1060. Gambar kad grafik ini tertiris melalui laman web teknologi China expreview, dan beberapa ciri-ciri baru dapat dilihat pada kad ini.

Kad ini tidak mempunyai sebarang output video, dan ini adalah kerana tugas kad ini hanyalah untuk melombong cryptocoin semata-mata, dan untuk ini, output video tidak diperlukan. Selain dari itu, kad ini juga menggunakan sebuah blok aluminum untuk menyejukkan bahagian GPU dan cip-cip memori diatas kad tersebut.

Selain dari itu, ia juga hanya menggunakan satu palam kuasa 8-pin PCIe untuk menggerakkannya, bermakna ini adalah sebuah kad yang tidak menggunakan begitu banyak kuasa berbanding dengan kad grafik GTX 1060 yang biasa.

Buat masa ini, masih tiada maklumat mengenai ketibaan dan harga kad grafik melombong cryptocoin ini.

TIPS & ULASAN