Cari @ Amanz

Kita sudah hampir ke penghujung bulan Jun dan sebuah lagi peranti akan akhirnya menerima kemaskini Nougat.  Sony Xperia XA Ultra, phablet dengan skrin 6″ yang dilancarkan pada Mei tahun lalu mula menerima kemaskini Android 7.0 pada hujung minggu yang lalu.

Model F3211 dan F3212 akan menerimanya terlebih dahulu. Setakat ini pengguna di Amerika Latin, Greece. Australia, UAE dan Brazil dilaporkan telah menerimanya. Seperti biasa kemaskini dilakukan secara berperingkat dan pengguna di Malaysia mungkin tidak perlu menunggu lama untuk menerimanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd