Cari @ Amanz

Dengan pengumuman baru mengenai CPU Intel Kaby Lake-X dan Skylake-X, hadir juga platform papan induk baru Intel X299 untuk menggerakkan cip-cip yang cukup berkuasa ini. Pihak MSI hadir dengan sejumlah besar papan-papan induk Intel X299 ini untuk pembina-pembina PC yang tegar.

MSI X299 Gaming M7 ACK

Papan induk MSI X299 Gaming M7 ACK dibina khusus untuk mereka yang mahukan prestasi yang terbaik dan rekaan yang sangat menawan. Bagi mereka yang gemar untuk meng-overclock komputer mereka, papan induk ini sangat sesuai dipadankan dengan CPU-CPU berkuasa tinggi Intel.

Ia hadir dengan rekaan kuasa 10 fasa DigitALL dengan Loadline Calibration, bersama-sama dengan MSI Turbo Socket yang membolehkan anda meningkatkan prestasi CPU pilihan anda tanpa masalah.

MSI juga mengumumkan beberapa ciri-ciri baru pada papan induk ini, termasuklah M.2 Shield FROZR yang membantu SSD M.2 anda kekal sejuk sewaktu komputer sedang digunakan. Tidak dilupakan ialah sistem pencahayaan RGB Mystic Light yang menerangi papan induk anda. Bukan itu sahaja, papan induk ini juga mempunyai palam RGB yang membolehkan anda menyambung jaluran lampu LED terus ke komputer anda tanpa masalah.

MSI X299 Gaming Pro Carbon AC

Jika minat anda lebih menjurus kepada pengubahsuaian rekaan papan induk MSI X299 Gaming Pro Carbon AC ini mungkin untuk anda. Ia hadir dengan komponen dan ciri-ciri yang sama seperti rekaan kuasa 10 fasa DigitALL, Loadline Calibration dan Turbo Socket.

Bagi pembina PC yang inginkan sedikit kelainan untuk binaan-binaan mereka, papan induk ini mempunyai penutup heatsink yang boleh diubahsuai, dan juga aksesori X-Mounting yang menyokong 3D printing dan modding.

Papan induk ini juga hadir dengan sokongan untuk SSD M.2 dan U.2 dengan teknologi NVMe untuk penghantaran data yang sangat laju. Bukan itu sahaja, untuk penambah-baikan prestasi yang mudah, ia juga mempunyai perisian Game Boost yang mampu meng-overclock sistem anda melalui satu butang sahaja,

MSI X299 Tomahawk

Papan induk MSI X299 Tomahawk pula hadir untuk mereka yang lebih mementingkan prestasi daripada rekaan. Ia mempunyai skema warna hitam dan kelabu, dan juga penutup heatsink besi yang diilhamkan oleh kereta kebal.

Dari segi ciri-ciri, papan induk MSI X299 Tomahawk ini mempunyai banyak ciri-ciri yang hadir pada dua papan induk sebelum ini, termasuklah M.2 Shield Frozr, Turbo U.2 Steel Armor, dan juga sokongan untuk USB 3.1 Type-C di bahagian depan untuk penghantaran data yang laju.

Selain dari itu, papan induk ini juga menyokong teknologi reality maya, realiti campuran dan augmented reality tanpa sebarang masalah melalui ciri VR Boost yang meningkatkan prestasi CPU dan GPU anda apabila anda sedang menggunakan headset realiti maya seperti HTC Vive dan Oculus Rift.

MSI X299 SLI Plus

Bagi mereka yang perlukan prestasi tanpa batasan, MSI X299 SLI Plus adalah sebuah papan induk yang cukup berkuasa dan hadir dengan ciri-ciri yang khusus untuk pembinaan komputer yang bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan overclocking, tetapi juga untuk menyunting video dan sebagainya.

MSI X299 SLI Plus ini menggunakan komponen-komponen yang disahkan Military Class VI, dan boleh menahan arus elektrik setinggi 15KV, bermakna renjatan elektrik daripada panahan kilat ataupun cas statik,

Ciri Steel Armor bukan sahaja hadir untuk slot storan Turbo M.2 dan juga U.2, tetapi juga untuk slot PCIe dan juga memori DDR4 yang mampu menyokong kad grafik dan juga RAM yang mempunyai penyejuk yang besar dan berat.

Papan induk MSI X299 SLI Plus ini juga hadir dengan sokongan Dual Intel LAN yang dioptimumkan untuk penghantaran data yang sangat laju, tanpa perlu risau mengenai masalah latensi.

Dengan kehadiran CPU Intel Kaby Lake-X di Malaysia tidak lama lagi, kami pasti bahawa kebanyakan, jika tidak kesemua papan induk Intel X299 dari MSI ini akan hadir di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd