Cari @ Amanz

Chindogu ialah perkataan yang dicipta untuk menggambarkan alat yang direka untuk menyelesaikan masalah tetapi tidak berguna kepada semua. Kayu selfie yang direka oleh Hiroshi Ueda adalah chindogu yang hanya menjadi popular selepas lebih 20 tahu dihasilkan. Kini wujud pula Smart Pet Bottle yang merupakan pembuka botol air plastik yang dikawal menggunakan peranti pintar.

Penutup botol kemudian akan dibuka dan dicampak ke atas oleh Smart Pet Bottle. Lebih daripada satu Smart Pet Bottle boleh dikawal oleh satu peranti. Terdapat fungsi pemasa yang membolehkan botol dibuka pada waktu yang ditetapkan. Alat aneh ini dihasilkan oleh firma robotik Nidec dan tidak dijual kepada umum. Sungguhpun begitu ia mempunyai kegunaan praktikal di rumah orang tua yang mempunyai masa arthritis pada bahagian jari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd