Resident Evil 2 Remake Akan Dilancarkan Dalam Masa Terdekat

Resident Evil 2 Remake Akan Dilancarkan Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan pada June 19, 2017 oleh .

Pada tahun 2015 Capcom melakukan bancian untuk melihat sama ada wujud minat untuk permainan Resident Evil 2 Remake. Sambutan luar biasa dari peminat diterima dan Capcom mengesahkan projek ini akan dimulakan pada Ogos 2015. Dua tahu sudah berlalu dan tidak banyak maklumat mengenai permainan ini dikongsi oleh Capcom.

Di dalam temuramah bersama Collider, Hiroyuki Kobayashi yang menerbitkan Resident Evil 4 berkata Resident Evil 2 akan hadir “dalam masa terdekat”. Ini adalah kali pertama dalam ingatan kami seseorang yang bekerja di Capcom berkongsi tentang perkembangan RE2. Sebagai peminat siri survival horror ini, kami memang amat menantikan permainan yang pada hemat kami adalah yang terbaik di dalam siri.

TIPS & ULASAN