Intel Menamatkan Pengeluaran Produk IoT Edison, Galileo Dan Joule

Intel Menamatkan Pengeluaran Produk IoT Edison, Galileo Dan Joule

Diterbitkan pada June 19, 2017 oleh .

Sewaktu dunia sedang bergerak ke arah masa depan yang penuh dengan peralatan dan perkakasan yang dikuasakan oleh Internet of Things, nampaknya pihak Intel secara senyap memberhentikan pengeluaran komponen IoT mereka, termasuklah Intel Edison, Galileo dan Joule.

Perkara ini agak mengejutkan kerana syarikat tersebut dapat dilihat mahu mempromosi kebolehan komputer-komputer kecil mereka menggerakkan peralatan pelbagai saiz tanpa mengira kerumitan sistem yang diperlukan untuk menggerakkannya untuk beberapa tahun sekarang.

Dengan penamatan pembuatan platform-platform IoT ini, dan juga cip pemproses peranti mudah-alih mereka, Intel boleh dilihat sedang memfokuskan perhatian mereka ke platform CPU komputer desktop, dimana nampaknya persaingan hangat sedang berlaku diantara mereka dan AMD yang baru sahaja melancarkan platform AMD Ryzen mereka sendiri.

Buat masa ini, platform-platform System-on-a-Chip Intel Edison, Galileo dan Joule ini masih boleh dibeli, akan tetapi, stok untuk perkakasan-perkakasan ini boleh dikatakan agak terhad, dan dikatakan tidak akan dijual lagi selepas tahun ini.

TIPS & ULASAN