Uber Memperluaskan Penawaran Ke Kuala Terengganu, Batu Pahat Dan Sandakan

Uber Memperluaskan Penawaran Ke Kuala Terengganu, Batu Pahat Dan Sandakan

Diterbitkan pada June 19, 2017 oleh .

Uber dan Grab sering bersaing dalam memperluaskan penawaran mereka ke bandar-bandar baru sekaligus mendapatkan lebih ramai angka pengguna dan juga pemandu. Terkini, Uber mengumumkan mereka telah mempunyai penawaran di lebih 15 buah bandar seluruh negara, sekaligus mengumumkan tiga penambahan bandar baru.

Tiga bandar baru yang ditambah oleh Uber adalah Kuala Terengganu, Batu Pahat dan juga Sandakan.

Dengan penawaran rasmi ini, kita akan dapat melihat lebih ramai angka pemandu Uber di ketiga-tiga bandar berkenaan, sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk membuat tempahan ke sesuatu destinasi.


TIPS & ULASAN