Cari @ Amanz

Perkembangan arena peranti mudah-alih dan rangkaian telekomunikasi kini membolehkan hampir setiap seorang mempunyai peranti dan sambungan rangkaian telekomunikasi tersendiri. Menurut GSMA, kini terdapat lebih kurang 5 bilion pengguna seluruh dunia yang mempunyai sambungan rangkaian mudah-alih mereka tersendiri.

Walaubagaimanapun, dari segi sambungan rangkaian mudah-alih seluruh dunia, kini terdapat lebih 8 bilion langganan. Perkara ini adalah memadangkan terdapat beberapa pengguna yang mempunyai lebih daripada satu kad SIM, mahupun lebih daripada satu telefon untuk kegunaan harian.

Menurut data yang dikongsikan GSMA, ia dikatakan mengambil masa sekitar 4 tahun untuk menambah satu bilion pengguna baru sejak 2013 yang lepas. Rantau Asia Pasifik memperlihatkan peningkatan yang tinggi sepanjang tempoh ini – selari dengan ramai syarikat yang mula memberikan tumpuan kepada rantau ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

GSMA juga menyasarkan sekitar 5.7 bilion pengguna akan berhubung atau melanggan ke perkhidmatan mudah-alih menjelang penghujung dekad ini, sekaligus meliputi lebih kurang 2/3 daripada penduduk seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd