WWE2K18 Akan Hadir Pada 17 Oktober

WWE2K18 Akan Hadir Pada 17 Oktober

Diterbitkan pada June 20, 2017 oleh .

Sukan gusti amat popular dua dekad yang lalu. Rancangan Smackdown ialah tontonan wajib secara berjemaah semasa kami masih di kolej. Stone Cold, The Rock dan Mankind adalah watak seakan adiwira yang terkenal di seluruh dunia. Kini sukan gusti mungkin tidak sepopular dahulu tetapi permainan videonya masih mempunyai jutaan peminat.

WWE2K18 ialah iterasi terkini untuk tahun ini dan ia akan menemui peminat 17 Oktober hadapan pada PlayStation 4 dan Xbox One. Pihak 2K turut mengesahkan Seth Rollins dipilih sebagai atlet pada muka hadapan permainan. Trailer permainan yang dikongsi menunjukkan Rollins memusnahkan artifak bersejarah nama-nama besar WWE.

TIPS & ULASAN