Airbus A380Plus Dilancarkan – Mampu Membawa 80 Penumpang Tambahan

Airbus A380Plus Dilancarkan – Mampu Membawa 80 Penumpang Tambahan

Diterbitkan pada June 20, 2017 oleh .

Tahun 1969 adalah amat bersejarah di dalam dunia aeronautik. Boeing 747 melakukan penerbangan pertama dam membuka era Jet Jumbo. Takhta sebagai pesawat penumpang komersial terbesar ini dipintas oleh Airbus A380 pada tahun 2005. Di Pameran Udara Paris yang sedang berlangsung, Aribus melancarkan Airbus A380Plus

Versi terkini Adi-Jumbo ini menambah kapasiti sebanyak 80 orang penumpang. Penggunaan winglet baru setinggi 4.7 meter pada hujung sayap pula mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 4% dan menambah jarak penerbangan sehingga 300 batu nautika. Pelancaran model baru ini berlaku pada saat A380 semakin kurang mendapat sambutan.

Semakin banyak syarikat penerbangan menghentikan operasi pesawat ini kerana kos yang meningkat. Tahun lalu Airbus hanya menerima dua pesanan baru untuk A380 dan hanya dua pada tahun sebelumnya.


TIPS & ULASAN