Honor 8 Pro Disahkan Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Julai 2017

Honor 8 Pro Disahkan Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Julai 2017

Diterbitkan pada June 20, 2017 oleh .

Honor Malaysia hari ini mengesahkan yang mana mereka bakal memperkenalkan telefon pintar Honor 8 Pro secara rasminya pada bulan Julai 2017 ini di Malaysia. Harga jualan dan tarikh mula pra-tempahan bakal dikongsikan oleh Honor dalam masa terdekat ini.

Honor 8 Pro membawakan skrin bersaiz 5.7-inci, dan menawarkan resolusi Quad HD, dilengkapi cip Kirin 960, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Melengkapkan peranti ini adalah dwi-kamera belakang 12-megapixel + 12-megapixel, serta kamera hadapan 8-megapixel. Ia juga turut hadir dengan bateri berkapasiti 4000mAh.

Honor Malaysia masih tidak memberikan tarikh pelancaran rasmi untuk peranti berkenaan buat masa ini. Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenainya selepas musim perayaan ini.


TIPS & ULASAN