Carian
Asus Zenfone 4 Melepasi Pengesahan Sirim
June 20, 2017 Aman

Asus sebelum ini telah diperkatakan bakal memperkenalkan telefon pintar dibawah siri Zenfone 4 pada bulan Julai kelak. Kini, nampaknya pihak Asus Malaysia dalam persiapan untuk turut memperkenalkan ia di pasaran tempatan dalam masa terdekat selepas pelancarannya.

Terkini, hari ini, Asus Zenfone 4 dilihat telah pun melepasi pengesahan Sirim, dibawah nama model ZC554KL (Asus_X00ID). Model yang melepasi Sirim ini turut menyertakan sokongan dwi-SIM dan menyokong LTE.

Mengikut desas-desus, model yang masuk ke Sirim ini adalah Zenfone 4 Max yang mungkin dilengkapi cip Snapdragon siri-6xx, serta menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci.

Dengan kemasukkan peranti ini pada Sirim, kita mungkin akan dapat melihat model Zenfone 4 lain turut melepasi pengesahan Sirim dalam masa terdekat ini.

Asus Zenfone 4 Max

Komen