Permainan Percuma Untuk Anda Muat-Turun : Medal of Honor Pacific Assault

Diterbitkan pada Jun 20, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Medal of Honor : Pacific Assault merupakan salah satu permainan tembak-menembak pandang pertama yang mengambil latar ketika Perang Pasifik, dan telah dilancarkan oleh EA pada tahun 2004 yang lepas.

Kini, bagi anda yang ingin memainkannya kembali, atau ingin mencuba siri Medal of Honor, mungkin boleh memuat-turun permainan ini secara percuma daripada Origins buat masa terhad ini.

EA menawarkan ia secara percuma dibawah Origins – On The House, dimana permainan rawak diberikan secara percuma pada sesuatu bulan. Untuk kali ini, permainan yang ditawarkan adalah Medal of Honor : Pacific Assault ini.

Ia hanya ditawarkan untuk pengguna Windows sahaja, dan seperti biasa, anda perlu mendaftar akaun Origin untuk memuat-turunnya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami