Carian
Firefox Focus Dilancarkan Untuk Android – Pelayar Web Dengan Fokus Terhadap Privasi
June 20, 2017 Aman

Mozilla telah melancarkan Firefox Focus sebelum ini untuk iPhone, dimana mereka memasarkan aplikasi terbaru ini sebagai sebuah pelayar web yang memfokuskan kepada privasi. Kini, selang beberapa bulan, pelayar web sama turut telah dilancarkan untuk pengguna peranti Android.

Melalui Firefox Focus, pengguna boleh melayari laman web dengan mudah tanpa risau pelayaran mereka diganggu pihak ketiga. Firefox Focus akan menghalang pelbagai jenis trackers – terutamanya yang berkaitan dengan pengiklanan, sekaligus menjadikan pelayaran web lebih pantas berbanding kebiasaan.

Disamping itu, pengurusan tab juga adalah mudah, dan pengguna boleh menamatkan sesuatu sesi pelayaran dengan hanya satu tap yang diperlihatkan pada bahagian utama.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda boleh mencuba aplikasi Firefox Focus, dan mengujinya dalam melayari web kegemaran anda hari ini.

Komen