Cari @ Amanz

OnePlus hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka untuk tahun 2017, iaitu OnePlus 5. Seperti biasa, pihak OnePlus melengkapkan telefon pintar ini dengan spesifikasi tinggi di pasaran, termasuk menggunakan sokongan dwi-kamera belakang.

OnePlus 5 menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p, dilengkapi cip Snapdragon 835, hadir dalam memori 6/8GB RAM, storan dalam pilihan 64/128GB berasaskan UFS 2.1, dan dilengkapi kebolehan pengecasan pantas untuk bateri 3300mAh.

OnePlus 5

Selain spesifikasi tinggi, pihak OnePlus turut memfokuskan kepada sokongan kamera di OnePlus 5. Ia hadir dengan dwi-kamera 20-megapixel Telephoto + 16-megapixel. OnePlus mengatakan ia menawarkan kebolehan rakaman autofokus pantas, selain kebolehan mengurangkan noise secara pintar. Ciri lain yang hadir termasuklah Potrait Mode, kebolehan merakamkan gambar pada keadaan malap melalui aperture f/1.7, kebolehan zoom gambar secara optikal, dan kawalan Pro Mode.

OnePlus 5

OnePlus 5

Pada bahagian perisian di OnePlus 5 pula, ia hadir dengan OxygenOS. Khusus untuk OnePlus 5, Oxygen OS kini hadir dengan fungsi Reading Mode dalam memudahkan pembacaan, dan kemudahan merakamkan skrin memanjang pada sesuatu web atau aplikasi.

OnePlus akan menawarkan OnePlus 5 bermula daripada Amerika Syarikat pada 27 Jun ini pada harga bermula (untuk model 6GB RAM) $479, iaitu sekitar RM2052. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti baru ini akan memasuki pasaran tempatan secara rasminya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd